“Kawan”, “Rakan”, “Teman” mahupun “Sahabat”; semua ini membawa satu maksud yang sama. Seorang insan yang akan bersama kita di kala susah dan juga senang. Tidak mengira darjat mahupun pangkat. Tidak mengenal erti kaya mahupun miskin.
Dimana taraf kita atau darjat kita di dalam sesebuah society apa yang pasti pabila bersahabat, ia kekal menjadi satu yang tiada bezanya. Lelaki mahupun perempuan; kawan tidak mengenal jantina. Teman juga tidak mengenal usia. Rakan pula tidak mengenal erti susah. Dan sahabat tidak mengenal erti cemburu mahupun iri hati.
Pernah atau tidak suatu ketika kita berhadapan dengan seseorang yang kita sangkakan mampu menjadi teman di kala susah dan senang tetapi rupanya dialah insan yang memakan kita dalam diam? Pernah atau tidak di satu ketika kita seakan-akan tidak dapat menerima hakikat akan kehebatan dan kepandaian yang lebih terhadap teman kita yang satu lagi?
Tidak kira lah insan ini kawan, teman, rakan atau sahabat; ia tetap membawa maksud yang sama. FRIENDS!
Kita selalu mendengar orang berkata “What friends are for” tetapi adakah kita benar-benar maksudkan kata-kata itu atau tidak?? Pernah atau tidak kita duduk sendirian di dalam bilik dan berfikir, siapa kawan, rakan, teman mahupun sahabat yang sentiasa berada di belakang kita?
Di dalam satu speech yang pernah teman sekelas saya berikan di dalam kelas “Public Speaking” semasa berada di semester 2, tentang sahabat. Satu persoalan yang sehingga sekarang saya masih tidak dapat jawapannya.
“Jika anda (Batu) mempunyai seorang sahabat yang paling rapat dengan anda; Api. Api lah teman anda yang sentiasa anda kongsi kan perasaan, masalah, tekanan, rahsia peribadi anda dan suatu hari entah di mana silap anda Api mula menjauhkan diri dari anda sedikit demi sedikit. Bagi anda mungkin Api Cuma inginkan ‘waktu bersendirian’; namun lama kelamaan makin kerap cerita yang anda dengar. Bukan setakat hubungan anda dengan Api yang semakin renggang tetapi rahsia anda, masalah anda; segalanya di sebarkan oleh Api.”
Persoalan di sini, adakah Api layak untuk di gelar rakan, teman, sahabat mahupun kawan seperti yang kita sering sanjung itu?
Agak menyedihkan kerana ada yang tidak memahami soalan saya pada hari itu. Ada yang menyatakan bahawa Batu itu ibarat sampah kerana di buang. Logik kah jawapan itu dengan soalan yang di tanya. Saya tidak tahu.
Walauapapun, sebagai seorang yang sayangkan rakan, teman, kawan dan sahabatnya; saya sedikit pun tidak merasa tersinggung. Kerana walaupun jawapan itu di tuju kepada saya, tetapi sedikit pun ia tidak menggentarkan hidup saya. Apa yang menarik, selepas itu perkara ini menjadi KECOH sebentar bagi budak-budak ini kerana ramai yang bertanya adakah saya cuba menghentam sesiapa.
Jawapan saya Cuma satu. It’s a general question that could happened to anybody in this world. If you think you’re not guilty, why are you afraid to answer the question. In life, it happens all the time and everywhere we go. No big deal.
Ia, perkara ini berlaku di mana-mana tanpa mengira waktu, tempat mahupun orang. Apa yang pasti, tetapkan hati. Satu hari dia akan sedar betapa pentingnya kita dalam hidup dia. Yang beza; cepat atau lambat.
Dear friends, no matter what happened between us you will remain my friend as long as I am still here in this world. I’ll help as long as my hand, legs and brain can work. Haha. Friends who make mistakes, no heart feelings. I wish i could gather back with you and had all the fun that we used to have in the old days, but hey. Things are not the same anymore Syana. Things had change.

P/S: Post ini tidak bermaksud untuk menghentam sesiapa sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


No comments:
Post a Comment