Assalamualaikum semua.
Seperti yang kita semua tahu semalam ialah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Namun, adakah kita betul-betul menghayati dan memahami erti kemerdekaan itu?
Mungkin pada atok nenek dan moyang kita yang berada dizaman sebelum merdeka dan selepas merdeka mereka akan bersyukur kerana tidak lagi dijajah oleh British. Mampu bergerak bebeas, mempunyai sebuah negara yang dahulunya hutan/ladang sawit/kebun getah/lombong timah kini di penuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Mungkin juga dulu mereka berjalan kaki, kini mampu memiliki kereta yang di bayar dalam tempoh 5-9tahun. Mungkin juga mereka bersyukur dengan hidangan rumah batu yang mereka telah beli hasil titik peluh selama kira-kira 30tahun bekerja.
Well, apa jua yang mereka telah lalui, hari ini adalah hari bagi mereka menyambut 'kemenangan' itu. Tapi persoalannya, bagaimana kita mengharmonikan kemerdekaan yang telah mereka kecapi?
Saya masih ingat, sekitar tahun 1990-an semasa dibangku sekolah, sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan penuh rasa gembira dan menghayati erti kemerdekaan. Tidak pasti jika semua itu masih dilakukan di sekolah-sekolah.
Bagi kami yang beragama Islam, bacaan Yassin merupakan satu antara yang dilakukan bagi mengucapkan rasa terima kasih pada mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara.
Well, of cause we do gathered and sing the patriotic songs beramai-ramai. Bergemalah satu dewan tu boleh saya katakan. Pasti mereka yang bersekolah pada zaman saya mengenali dan mengingati lagu-lagu ini :
JALUR GEMILANG
BAHTERA MERDEKA
INILAH BARISAN KITA
MALAYSIA BERJAYA
KERANAMU MALAYSIA
Pastinya semua ingat pada lagu-lagu ini kan? (Ada banyak lagi tapi tak laratlah nak download semua. Kalau nak dengar balik, sila http://www.youtube.com)
Tapi, sekarang lagu-lagu ini jarang diperdengarkan. Lagu-lagu patriotik pada pendapat saya telah dipolitikkan. Itu hanya pendapat saya. Mungkin pandangan kita berbeza.
Walauapapun, saya percaya kerna lagu-lagu kemerdekaan / patriotik pada tahun 1990-an dan sebelumnyalah yang menjadikan saya tidak memandang serong pada kaum lain kerana saya juga punya kawan yang berbangsa Cina dan India yang sangat saya sayangi.
Ketika lagu-lagu ini dinyanyikan dahulu, kami semua akan bersama-sama hold hands, peluk bahu rakan-rakan and we enjoy the harmony situation. Tidak kira bangsa, agama, group; we were very proud to be Malaysian.
Sedih apabila semua ini tidak lagi wujud. Lagu-lagu kini tidak langsung mencerminkan kebudayaan Malaysia. Katakan saya kolot kerana tidak mahu maju kehadapan, tetapi siapa lagi yang akan memartabatkan budaya Malaysia kalau bukan kita sendiri.
Tak percaya? Cuba dengar lagu-lagu ini..
JANJI DITEPATI
1MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U)
Pada pendapat saya, lagu-lagu ini hanya sekadar mempromosikan satu-satu parti politik atau mungkin 1Malaysia. Confused! Ini sambutan kemerdekaan kan? Bukannya sambutan ulangtahun parti politik. Sejak bila bendera negara Malaysia yang saya cintai ini telah digarabkan ke dalam angka 1? So, what will happen IF in future there will be no more 1Malaysia. Mungkin ditukar kepada nama lain. Saya tidak jumpa apa-apa yang mampu menaikkan semangat seperti lagu-lagu tahun sebelumnya yang LEBIH BERMAKNA. Jangan kita terlalu leka mengikut budaya barat hingga lupa pada budaya yang kita ada.
Masih tidak percaya? Cuba buka tv, mesti dengar lagu-lagu ini. Bukan lagi lagu Tanggal 31 (dulu budak-budak suka nyanyi tanggal baju dan seluar.. Lepas tu cikgu stopkan music, kena lecture) ke, Bahtera Merdeka ke..
P/S : Apa kata untuk menyambut kemerdekaan yang ke-56 nanti, satu negara berkumpul di rumah ibadat masing-masing tanpa mengira agama dan berdoa bagi mereka yang memperjuangkan negara, yang telah tiada dan kesejahteraan negara kita di masa akan datang. Tak ke itu lebih baik dari membazirkan duit membuat event perarakan setiap tahun itu yang cost-nya entah berapa dan entah duit siapa. Atau mungkin perarakan itu diselitkan dengan bacaan doa mengikut setiap agama untuk kesejahteraan negara (bukan parti politik). Dari situ kan kita dapat memupuk sifat hormat menghormati pada agama lain. Saya pasti walauapa agama kita, kita dituntut untuk berdoa dan menghormati manusia lain. Tak salahkan? Renung-renungkan.
[Sumber video dari Youtube]