Sunday, January 8, 2012

I.AM.THE.CHEF.OF.MY.LIFE - PART 2

Hello hello!

Ingat tak dalam post yang lepas, Syana ada cakap 3 recipe yang kira paling lepaslah untuk Syana masak.

Haritu Syana masak Mee Goreng Basah, harini satu lagi masakan berkonsepkan mee juga. Tapi kita gunakan Fettuccine.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Fettuccine ni bermaksud "Little Ribbon" dalam bahasa Itali dan ianya merupakan salah satu pasta yang popular dalam masakan jenis Roman Cuisine.

Bagi sesiapa yang inginkan Fettuccine yang fresh, bolehlah buat sendiri. Senang je, anggaran 1 biji telur dengan 100g tepung.

Selalunya, kita gunakan Fettuccine ni untuk masak Alfredo. Mesti korang pernah dengar atau makan kan?

Mungkinkah Syana nak masak Fettuccine Alfredo? Jawapannya.....

TIDAK!

Harini, menu kita adalah - Pasta Seafood Aglio Olio.

Okay, sebelum Syana mulakan bahan-bahan yang Syana sebutkan nanti ialah bahan-bahan yang Syana baru sahaja gunakan sebentar tadi. Al maklumlah, mama tak ada nak pergi Carrefour.

So, let's get started!

Bahan-bahan :

- Fettuccine (sepatutnya kita gunakan Spaghetti biasa tapi sebab hanya Fettuccine saja yang ada di rumah, kita gunakan saje)
- Olive oil
- Bawang
- Serbuk Cili (Bagi mengikut selera orang kita - PEDAS)
- Isi ayam
- Udang (Boleh juga gunakan kupang, sotong, fillet fish atau apa-apa seafood yang anda suka)
- Fish ball
- Fish cake
- Parsley
- Oregano
- Garam

Cara-caranya sangat mudah.

1) Rebuskan Fettuccine itu sehingga masak kemudian angkat rebusan tadi. (Simpan sedikit air rebusan tadi ke dalam mangkuk berasingan untuk dijadikan perasa ketika menumis)
2) Panaskan kuali, letakkan sedikit olive oil.
3) Tumiskan bawang sehingga naik bau.
4) Masukkan isi ayam, udang, fish cake dan fish ball.
5) Letak sedikit garam, di ikuti dengan oregano serta sedikit parsley.
6) Letakkan sedikit air rebusan tadi supaya isi ayam, udang, fish cake serta fish ball dapat di masak dengan sempurna (macam Syana tau je maknanya tu. Haha!)
7) Masukkan Fettuccine yang telah direbuskan tadi dan kacau. (Bila nak kena kacau pun nak bagitau ke?)
8) Taburkan serbuk cili kalau nak pedas dan taburkan lagi parsley kalau korang suka rasa parsley tu.
9) Kalau agak-agak terlampau kering, tambahlah lagi sikit air rebusan tadi. Lepas tu rasa apa yang kurang.
10) And, it's ready to eat!

Syana masak sikit je, untuk skali makan. Haha. Ini lah hasilnya.

Dan ini pula sesudah makan. Opps! Lapar, sorry.

Kesianlah kat kakak. Meh la tinggalkan sikit kat dia. Haha!
Kan dah cakap, masak sikit je. Share sorang sikitlah.

Okay, kalau korang ada capsicum pun boleh di masukkan dalam masakan ni. Barulah berwarna warni hidangan korangkan? Boleh masukkan selepas di masukkan fettuccine tadi. Potonglah dadu ke panjang-panjang ke. Ikut suka.

Tips kalau korang masak ni untuk mak mertua (Tips hiasan sebenarnya) :

* Angkat Fettuccine dulu masukkan dalam pinggan. Lepas tu baru susun your seafood kat atas.
* Boleh tabur lagi Parsley kalau nak.
* Potong la cili bentuk bunga ke bagi cantik.
* Kalau nak tabur cheese pun boleh bagi penggemar cheese.
* Pastikan Fettuccine korang tak terlalu kering dan tak terlalu basah/berkuah. Barulah menarik.

Mudahkan? Bagi Syana masakan ni teramat mudah untuk dimasak.

Lebih-lebih lagi bagi students yang takde budget nak makan luar tiap-tiap hari, career women yang busy bekerja tapi balik rumah still nak masak untuk family.

Kan sweet kan. Asyik makan luar tak best juga. Sekali sekala masak buat insan tercinta apasalahnya.

Anyway, selamat mencuba!

-------

Everyone can cook - Ratatouille

Thursday, January 5, 2012

I.AM.THE.CHEF.OF.MY.LIFE - PART 1

Haha, rajin pulak Syana menulis harini kan? Well guys, I am the chef of my life. Mendalam maknanya tu..

Actually, Syana baru sahaja selesai masak merangkap dinner teruslah untuk nenda tersayang. Menu hari ini, Mee Goreng Basah.

Menunya simple, budak kecil pun tau nak masak. Melainkan dia tak reti buka dapur gas ataupun tak sampai nak tengok kuali. *Thank God I sampai. Al maklumlah, kurang ketinggian..*

So before this dah banyak kali masak mee goreng ni tapi tak pernah perfect. Mesti ada kurang sos lah, kurang garam lah, masin lah. Kali ni, Alhamdulillah..

"Oh please.. It's just MEE GORENG BASAH!"

Haha, at least tau masak. Daripada orang-orang yang tak masak langsung. Lepaslah kalau tinggal sendirian nanti. Hari-hari makan makanan kedai pun tak sedap juga.

So, ini bahan-bahan yang diperlukan.

- bawang merah
- bawang putih
- cili
- belacan
- tomato sos
- oyster sos
- kicap manis
- udang
- isi ayam
- sayur bayam
- fish cake
- fish ball

Quantity? Hentam sajaaaa! Ikut kesukaan korang. So how to cook?

1) Masukkan minyak ke dalam kuali yang agak-agak panas. Syana tak suka kuali terlampau panas sebab nanti bila masukkan bawang meletup-letup dia. Haha!
2) Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga kekuning-kuningan.
3) Tumiskan cili yang telah di blend serta masukkan sedikit belacan mengikut kesesuaian tahap kepedasan. Kalau nak masukkan cili padi pun, apa salahnya.
4) Masukkan isi ayam yang telah dipotong kecil serta udang yang telah di siang kulitnya ke dalam kuali.
5) Campurkan oyster sauce, tomato sauce serta lada hitam dan kacau sehingga rata. Kalau tawar, tambahkan sedikit garam. Syana tak makan garam sebab oyster sauce dah masin.
6) Tambah air, tunggu sehingga mendidih bagi memastikan mee kita ada kuah.
7) Masukkan fish cake dan fish ball sebelum mencampurkan mee tadi ke dalam kuali dan masukkan sayur bayam.
8) Rasa kembali. Agak-agak kurang sos tambah sos. Kurang garam, tambah garam. Kurang air, tambah air.
9) And... Walla! Mee Goreng Basah siap untuk di makan.

Macam ni la rupa mee gorengnya. Sebab nenda teramat lapar, so buruk sikit kuali tu. Haha!


Nak tau recipe untuk dua lagi masakan? Sabar, tunggu!

-----

Everyone can cook - Ratatouille

Unemployment - Part 1

While everybody in campus are busy studying and friends oversea are enjoying their winter break, I am suffering from too much pressure!

Pressure of being old, pressure of being fat (yeke?), pressure of not having any job for semester break, pressure of in need to complete my study fast, pressure of relationships, pressure of peer groups, pressure of unhealthy diet tapi yang paling penting...

PRESSURE NAK APPLY KERJA DURING THIS BREAK.
Here it is... We talk about the unemployment rates among graduates.. Setiap tahun graduate baru keluar dari Universiti. Diploma, Degree, Master, PhD.. Macam-macam levellah. Tapi belum tentu menjamin kita mendapat pekerjaan.

"Kerja jelah apa pun. Why demand?"

Salah tu, salah.. Kenapa buka lebih banyak peluang kepada pendatang asing untuk mencari rezeki di negara kita sendiri sedangkan graduan kita terpaksa merempat di negara sendiri untuk mencari sesuap nasi.

Jap! This is not about demanding on finding a job. Tapi, kenapa tak diberi peluang kepada mahasiswa untuk ada pengalaman kerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

"Internship kan ada"

Internship aja tak cukup.. We need more. We need the exposure supaya senang dapat kerja. Supaya bila kerja nanti, kita takda terkial-kial nak buat sesuatu yang senang. Contohnya, photostat, bancuh air, basuh tandas, susun fail. - Man, this is the time where you seek for knowledge.

"Knowledge apa bendanya. Tu la hang, time kat Universiti tamau dapat DL, ANC dll lagi hang takmau."


Here's my point, first. Knowledge lah. Sambil-sambil buat kopi untuk bos, kau boleh curi peluang tanya kerja dia. Sambil kau susun fail, kau curi peluang tengok macam mana orang tulis surat, memo dan sebagainya. Itu pun pembelajarankan?

Second, kalau dapat DL, ANC bagai sebab mengampu lecturer dan sebab hafal satu buku teks buat apa. Itu belum masuk yang telan biji. (Faham maksudku?)

Kalau nak bagus, biar bagus yang boleh buat kerja. Yang boleh mengaplikasikan apa yang di belajar sehabis mungkin. Setakat buka buku hafal 'A B C D' pegi exam 'A B C D' baik tak payah.

(Reality. Perhatikan sekeliling, berapa ramai kawan-kawan kita yang menghafal satu buku teks dan memuntahkan balik setiap butir perkataan dalam buku teks tu. Dah kenapa mahasiswa, tak reti nak use your own sentence? Plagiarism lahh! Assignment tak boleh plagiarize tapi final exam boleh. Tak pahammmmm!)

Okay, back to the topic - unemployment!

"Pasai hang bodoh, pasai tu hang ja tak dapat keja"

Weh, ada saja syaiton yang menghasut pemikiran ni. Shuhhhhhhh!!

Apa yang Syana nak cakap sebenarnya pasal unemployment ni? Semua dah tau lah pasal unemployment ni. Habis, tau ja? Tamau do something about it?

"Hidup hang, lantak la.."

Dia datang dah.... Tuan-tuan dan puan-puan, kita tidak hidup hanya untuk diri kita. Kita hidup bermasyarakat dan perlu saling tolong menolong.

"So? Apa kena mengena dengan unemployment nya?"

Slow lah hang ni! Nama ja mahasiswa 4flat, tapi pelik-pelik sungguh! Cuba kita kupas pasal unemployment ni. Tak payah jauh-jauh lah, tengok diri kita saja.

*Looking*

Busuk! Tak mandi. Pasal tu la kot... Okay, whatever. Buka jobstreet.com.my godek-godek job yang menjadi perhatian..

*Click*

Baca requirement. Okay tak layak. Dia nak kaum C.

*Close window*

Kita cari lagi.. Jangan putus asa..

*Click*

Baca requirement lagi. Okay, tak layak jugak sebab dia tak kesah kaum apa.. Tapi language requirement D. Hurmm.. Usaha tangga kejayaan. Carik lagi.

*Close window* *Open new window*

Baca laaa lagi... Haaa, kali ni macam layak. Takpa, takpa.. Meh baca lagi. Alamak! Kena pakai camgini camgitu lah.. Memang tidaklah untuk kaum E.


Begitulah akhirnya sampai satu hari suntuk korek internet and surat khabar nak carik job. Orang senang kata, apply je. Apply je.. Memang, apply je. Ada rezeki adalah. Tapi, kenapa perlu syarat-syarat atau requirement sebegitu sedangkan apa yang penting adalah akal pemikiran dan daya creativity seseorang itu.

Well, ini pada pendapat Syana setelah berhari-hari cuba mencari pekerjaan yang sesuai. Bukan memilih, tetapi pegang pada jati diri dan pegang pada kemahuan serta impian diri. Macam mana pun, banyak lagi punca lain yang tidak diketengahkan mengenai unemployment ni.

So, untu mengembalikan keyakinan diri Syana pun koreklah Mr Google. Dan akhirnya jumpa ini. Renungkan bersama.


Monday, January 2, 2012

Welcome 2012!

Kahkah! Gigih la kan welcome 2012. Well, 2011 baru saja melabuhkan tirai 2hari yang lalu. Bermakna, 2hari juga telah berlalu bagi tahun 2012. Cepatkan? Maksud Syana, CEPATKAN 2011 HABIS! Rasa macam baru semalam umur 23, now dengan kehadiran 2012 bermakna umur bakal menjangkau 24tahun. *Gulp!*

Yang pasti, di usia 24tahun ini ramai rakan-rakan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Bagi yang perempuan lah, kalau yang laki ni issue dia lain sikit. Beberapa minit yang lepas, well sebenarnya issue yang diperdebatkan diantara kawan-kawan pada tarikh 01012012 - KAHWIN. *cough*

1) Kita tak boleh kawin lagi sebab kita tak ada harta. Tak mampu menjamin kebahagiaan masa depan.

Syana says : Okay, there's two things here. Pertama, harta. Kedua, kebahagiaan. Cewah, gitu.. Okay, tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati sekalian. Rezeki itu Allah / Tuhan yang bagi. Kenapa kita perlu takut tak ada harta sedangkan Dia telah menjanjikan semuanya untuk kita. Tugas kita, berusaha dan berdoa.

Okay, Allah itu tidak kejam. Dia tidak akan menetapkan jodoh kita tanpa menentukan apa rezeki yang bakal kita perolehi. Perkahwinan itu kan pintu rezeki, apatah lagi anak-anak. So anak muda sekalian, kenapa takut pada perkahwinan? Menghalalkan sesuatu yang haram itukan lebih mulia.

Kedua, Kebahagiaan. Syana cukup suka ayat ni - KEBAHAGIAAN. Eh mana kau tau kahwin lambat tu bahagia? Kebahagiaan itu tidak terletak pada harta yang kita perolehi. Saya ulang, TIDAK! Ada la this girls yang datang kat saya and cakap

"Hello, mana boleh bahagia kalau takde harta, takde duit". I say girls, you girl got no otak ke? Cannot use your brain to have your own property? Serupa perempuan simpanan je lah kalau macam tu. Kebahgiaan itu terletak pada persefahaman dan tolak ansur yang berlaku dalam sesebuah perhubungan itu. Ada pulak lagi sorang ni datang cakap

"Eh, kalau dah tahap pukul-pukul, dera-dera, nak makan pun payah. Bahagia ke itu?" Haish! Ni lagi sorang. Kebahaigaan itu terletak pada individu. Kot hari tu je yang dia pukul-pukul, hari lain tak. Mana kau tahu. Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Mungkin, partner kita tu jenis panas baran. Tapi sebab sayangkan kita, dia cuba untuk mengatasi masalah panas baran dia tu. Dalam setahun, tiba-tiba sekali dia termarah kita, terpukul kita, takkan lah itu pun nak jadi issue. Habis yang selama 11bulan dia membahagiakan kamu tu tidak bahagiakah?

Memiliki sebuah keluarga kecil yang serba kekurangan tetapi berlandaskan cara hidup Islam, mampu bersolat jemaah setiap hari - tidak bahagiakah itu? Mengambil ayat kawan Syana tadi, bagi Syana, untuk berkahwin cukuplah sekadar si dia mampu. Kereta kecil, rumah kecil pun takpe. Kita boleh usahakan, carilah someone yang mahu hidup susah dan senang bersama-sama.

2) Biarlah.. Jangan kahwin lagi. Belajar pun tak habis lagi.

Syana says : Haish. Ni lagi satu. Apalah salahnya kalau kahwin dan belajar. Kan ada pepatah, menuntut ilmu biar sampai ke negeri China. Bukan maknanya pergi belajar kat China tu. Lurus sangat apahal. Setiap hari hidup kita ni adalah satu pembelajaran. Bukan sekadar belajar kat University tu aje. Kebodoh la hang kalau ingat belajar tu sekadar di University.

Ohh.. dan dan tu si emak ini berkata, "Biarlah ada degree. Senang nanti kalau apa-apa jadi". أستغفر الله, apa yang nak jadi? Belum apa-apa dah didoakan sesuatu terjadi. Ni saya nak tanya..

If the situation was, si dara dan si teruna dapat offer sama-sama belajar di University yang sama, retilah pula nak menikahkan mereka berdua dengan alasan, takut sesuatu terjadi disana atau at least ada la juga yang nak tolong tengok-tengokkan anak tu, jaga makan minum pakai dia.

Persoalannya, apa beza kalau si teruna dara tu belajar dalam negara sekali pun. Even better, si teruna sudah bekerja dan si dara belajar? Ni kes parents feeling-feeling dapat jaga anak dorang dengan jayanya ke even depan mata?

3) Perkahwinan ini besar tanggungjawabnya.

Syana says : YES! Perkahwinan itu besar tanggungjawabnya. Bukan sekadar nak memuaskan nafsu. Pada syana lah, pilih pasangan hidup biar ada yang EMPAT itu. Kekayaannya, Keelokkannya, Keturunannya, serta akhlak dan agamanya.

Haa! Kekayaannya! Nampak aje korang dengan perkataan kaya ni kan. Kayalah dia dari ringan sedekahnya. Kayalah dia dengan akhlak dan budi perketinya. Kayalah dia dengan agama yang di pegangnya. Kayalah dia dengan usaha memajukan diri serta keluarga yang tidak pernah jemu dilakukannya. Cukup?

Kedua, Keelokkannya. "Janganlah kamu menikahi wanita karena kecantikannya, sebab kecantikan itu akan lenyap dan janganlah kamu menikahi mereka karena hartanya, sebab harta itu akan membuat dia sombong. Akan tetapi nikahilah mereka karena agamanya, sebab seorang budak wanita yang hitam dan beragama itu lebih utama." (HR. Ibnu Majah). Korang mesti pernah dengar ni. Setiap ciptaan Tuhan itu tiada buruknya. Yang buruk tu sebab korang pegi cucuk sana, cucuk sini, botox sana botox sini, operate sana operate sini. So, kalau dah korang rasa berjumpa dengan seseorang tu dan korang tak rasa meluat, bila pandang dia korang rasa alahai..sejuk hati ni. Nak apa lagi?

Ketiga, keturunannya. Carilah dikau keturunan yang baik-baik.. Haish. There's always a black sheep in a family you know. Tak semestinya dia datang dari keluarga tok imam, dia tu baik dan tak semestinya mak bapak dia penagih dadah, dia tu jahat. People make mistakes. No doubt, Allah kata jodoh yang baik hanya buat orang-orang yang baik. Tapi cuba kita fikir, baik apa yang Tuhan maksudkan itu? Bukankah kalau seorang itu baik, seorang lagi kurang. Tapi apabila mereka berkahwin, mereka mampu bekerjasama untuk membaiki diri mereka. Hah! Time tu mak ni cakap, "Tu lah, aku suruh kau cari yang banyak harta kau takmau". Satu je, Harta kekayaan itu dari cara yang halalkah? Halal-lah.. Aku merompak, lepas tu aku berbusiness dan berjaya. Yang first tu je aku rompak. Pulakk...

Lastly, akhlak dan agamanya. Asalkan dia mempunyai keinginan untuk menjadi a better man, kenapa tidak. Dari yang berakhlak dan tinggi agamanya tapi berlagak. No no. Hormat parents, hormat diri sendiri, hormat insan lain. What more people, what more do you want.

4) EH! Apakehalnya menggatal sangat nak kahwin ni?

Syana says : Eh! Apakehalnya dulu nenek moyang kita kahwin umur 15-16tahun. Gatal sungguh! Elok aje nenek moyang kita membesarkan anak-anak mereka yang berpuluh-puluh tu. Takde hal pun.. Zaman-zaman sekarang ni je yang... *cough* Haish, nak menunaikan tuntutan agama dikatakan gatal. Manusia.. manusia.

5) Jangan kau kahwin anak aku selagi kau tak mampu sediakan hantaran 20k, 13 dulang. Majlis 7 hari 7 malam, dekat KL Tower.

Syana says : Wah gitu meng-demandnya ye. Alamatnya, kau simpan aje anak kau tu dalam peti. Untung-untung naik la nilai dia jadi 1juta. Sikap menunjuk-nunjuk dan bersaing hantaran siapa lagi tinggi - apa kejadahnya. Cuba kira cost nak buat semua tu.

Dari perabis duit kat situ, baiklah duit tu di gunakan untuk beli rumah, kereta, persediaan untuk dapat anak. Yang wajibnya akad nikah. Lain-lain tu adat je.. Orang melayu ni, sanjung adat lebih. Tak baik membazir. Kalau mampu, takde salahnya. Tapi kalau tidak, janganlah di halang sesuatu yang baik itu.

So, siapa sebenarnya yang buat seseorang yang mampu jadi tak mampu. Haa... Tapi kalau si teruna tu nak bagi hantaran 20k untuk down-payment rumah pun apa salahnya kan?

Kesimpulannya, kalau rasa nak kahwin di usia ini, apa salahnya. Siapa taknak kahwin ye tak? Cuma mungkin jodoh belum sampai. *cough* Relax lah, you're still young. Enjoy lah dulu. Kahwin, enjoylah atas katil sampai ke syurga. Assalamualaikum!