Hi. Assalamualaikum semua.
Ni nak cerita sikit pasal apa yang dah berlaku pada Syana. Ianya sedikit sebanyak amat mengecewakan hati Syana.
Tiga minggu lepas, Syana demam lepas balik studio shooting kat UiTM tu. Tak terlarat nak bangun sebab berdiri kejap je pun dah rasa pening kepala. Akhirnya, after a week sakit, Syana pun pergilah clinic. Macam biasalah, doctor marah sebab tunggu lama baru nak pergi clinic.
So nak dijadikan ceritanya, ubat yang diberi untuk seminggu tu tak mendatangkan sebarang perubahan pada Syana. Demam hilanglah tapi batuk semakin teruk. Hilang selera makan, lepas tu bila makan je mesti semua benda keluar balik. Seminggu juga perkara tu berlaku. Tambah pula, minggu tu Syana kena siapkan editing untuk BJ assignment sebab nak present hari isnin.
Gigihkanlah jugak buat. Dalam hati, lecturer tu dah marah sebab tak datang kelas. Dia ni memang aim Syana dari awal sem. So macam-macam lah dugaannya sampai ke ahad malam tu, Syana tidur almost 4am sebab siapkan semua editing termasuklah Voice Over dalam keadaan sakit tekak. Jangan tanya berapa kali Syana record untuk VO.
Tapi Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Isnin lepas Syana pun present kerja tu. Dijadikan cerita, sampai-sampai je lecturer ni dah sound Syana. Syana cakaplah Syana sakit. Lepas tu dia cakap something macam kenapa Syana still nak belajar sedangkan sakit. Baik berhenti je.
Tau tak perasaan masa tu macam nak patahkan CD video tu, and blah dari UiTM tu. Lepas tu directly Syana cakap "I don't ask to get sick". Bayangkan, she said that depan satu kelas yang masa tu tengah tunggu lab buka. Tak masuk budak yang lalu lalang kat situ.
Dah la masa tu I pening nak pitam. I know, somehow dia akan find point untuk attack i during presentation. But she couldn't find any sebab I did the editing sepenuh hati. Dia just kata VO i awal tu a bit perlahan. Of cause, Syana sakit tekak and dah tak larat nak record banyak lagi sebab dah start batuk tak henti. Tapi kesudahannya, dia bagi markah 5/5 for topic, 5/5 for effort, and for video.... dia senyap kejap. Lepas tu dia cakap 10/10. Alhamdulillah sebab dapat full marks.
I know I layak dapat that marks sebab color bar, montage, countdown I buat sendiri. Cuma kena lah be smart dalam buat kerja. Dan lepas je presentation tu Syana balik sebab dah sangat tak larat. Semalam, sebab dah kena marah dengan abah batuk teruk sangat, Syana decide to go to hospital.
Again, Syana kena marah dengan doctor and nurse sebab dah 3 weeks sakit baru nak jumpa doctor. So, seharian di hospital, xray, dan keputusannya doctor kata Bronchitis and direferkan ke lung specialist sebab menerusi xray seems like banyak bacteria or something like that.
Malangnya, specialist tu takde sampai next week. Jadi Syana kata boleh tak bagi ubat. Next week Syana jumpa specialist tu. And he agreed. Sedih untuk Syana, last sem Syana kena urine infection. This sem paru-paru pulak.
Honestly, manusia mana yang mintak dia kena sakit even sikit. Tapi kadang-kadang manusia ni bila bercakap tak pikir. Kata-kata tu kan lebih tajam dari pisau. All this dah buat Syana tired of IPTA. Syana nak give up je rasa tapi Syana bersyukur sebab ada beberapa (less 5) kawan-kawan yang tak henti bagi semangat kat Syana.
Sekarang Syana sedang memikirkan untuk belajar part time, kerja full time. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat Syana serta kurniakan kesihatan yang baik buat Syana.
No comments:
Post a Comment