Saturday, September 1, 2012

Apa sudah jadi????

Assalamualaikum semua.

Seperti yang kita semua tahu semalam ialah Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Namun, adakah kita betul-betul menghayati dan memahami erti kemerdekaan itu?

Mungkin pada atok nenek dan moyang kita yang berada dizaman sebelum merdeka dan selepas merdeka mereka akan bersyukur kerana tidak lagi dijajah oleh British. Mampu bergerak bebeas, mempunyai sebuah negara yang dahulunya hutan/ladang sawit/kebun getah/lombong timah kini di penuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit. Mungkin juga dulu mereka berjalan kaki, kini mampu memiliki kereta yang di bayar dalam tempoh 5-9tahun. Mungkin juga mereka bersyukur dengan hidangan rumah batu yang mereka telah beli hasil titik peluh selama kira-kira 30tahun bekerja.

Well, apa jua yang mereka telah lalui, hari ini adalah hari bagi mereka menyambut 'kemenangan' itu. Tapi persoalannya, bagaimana kita mengharmonikan kemerdekaan yang telah mereka kecapi?

Saya masih ingat, sekitar tahun 1990-an semasa dibangku sekolah, sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan penuh rasa gembira dan menghayati erti kemerdekaan. Tidak pasti jika semua itu masih dilakukan di sekolah-sekolah. 

Bagi kami yang beragama Islam, bacaan Yassin merupakan satu antara yang dilakukan bagi mengucapkan rasa terima kasih pada mereka yang berjuang demi kemerdekaan negara.

Well, of cause we do gathered and sing the patriotic songs beramai-ramai. Bergemalah satu dewan tu boleh saya katakan. Pasti mereka yang bersekolah pada zaman saya mengenali dan mengingati lagu-lagu ini :

JALUR GEMILANG


BAHTERA MERDEKA


INILAH BARISAN KITA




MALAYSIA BERJAYA


KERANAMU MALAYSIA


Pastinya semua ingat pada lagu-lagu ini kan? (Ada banyak lagi tapi tak laratlah nak download semua. Kalau nak dengar balik, sila http://www.youtube.com)

Tapi, sekarang lagu-lagu ini jarang diperdengarkan. Lagu-lagu patriotik pada pendapat saya telah dipolitikkan. Itu hanya pendapat saya. Mungkin pandangan kita berbeza. 

Walauapapun, saya percaya kerna lagu-lagu kemerdekaan / patriotik pada tahun 1990-an dan sebelumnyalah yang menjadikan saya tidak memandang serong pada kaum lain kerana saya juga punya kawan yang berbangsa Cina dan India yang sangat saya sayangi.

Ketika lagu-lagu ini dinyanyikan dahulu, kami semua akan bersama-sama hold hands, peluk bahu rakan-rakan and we enjoy the harmony situation. Tidak kira bangsa, agama, group; we were very proud to be Malaysian.

Sedih apabila semua ini tidak lagi wujud. Lagu-lagu kini tidak langsung mencerminkan kebudayaan Malaysia. Katakan saya kolot kerana tidak mahu maju kehadapan, tetapi siapa lagi yang akan memartabatkan budaya Malaysia kalau bukan kita sendiri.

Tak percaya? Cuba dengar lagu-lagu ini..

JANJI DITEPATI


1MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U)


Pada pendapat saya, lagu-lagu ini hanya sekadar mempromosikan satu-satu parti politik atau mungkin 1Malaysia. Confused! Ini sambutan kemerdekaan kan? Bukannya sambutan ulangtahun parti politik. Sejak bila bendera negara Malaysia yang saya cintai ini telah digarabkan ke dalam angka 1? So, what will happen IF in future there will be no more 1Malaysia. Mungkin ditukar kepada nama lain. Saya tidak jumpa apa-apa yang mampu menaikkan semangat seperti lagu-lagu tahun sebelumnya yang LEBIH BERMAKNA. Jangan kita terlalu leka mengikut budaya barat hingga lupa pada budaya yang kita ada.

Masih tidak percaya? Cuba buka tv, mesti dengar lagu-lagu ini. Bukan lagi lagu Tanggal 31 (dulu budak-budak suka nyanyi tanggal baju dan seluar.. Lepas tu cikgu stopkan music, kena lecture) ke, Bahtera Merdeka ke.. 


P/S : Apa kata untuk menyambut kemerdekaan yang ke-56 nanti, satu negara berkumpul di rumah ibadat  masing-masing tanpa mengira agama dan berdoa bagi mereka yang memperjuangkan negara, yang telah tiada dan kesejahteraan negara kita di masa akan datang. Tak ke itu lebih baik dari membazirkan duit membuat event perarakan setiap tahun itu yang cost-nya entah berapa dan entah duit siapa. Atau mungkin perarakan itu diselitkan dengan bacaan doa mengikut setiap agama untuk kesejahteraan negara (bukan parti politik). Dari situ kan kita dapat memupuk sifat hormat menghormati pada agama lain. Saya pasti walauapa agama kita, kita dituntut untuk berdoa dan menghormati manusia lain. Tak salahkan? Renung-renungkan.

[Sumber video dari Youtube]

Monday, July 16, 2012

Apa itu bahagia?


"Kebahagiaan itu akan tiba pada orang yang bersabar"

Mungkin... 

Siapa tidak impikan untuk kecapi bahagia. Namun apa itu bahagia sebenar? Adakah dengan hanya mengukir senyuman itu sudah dikira bahagia? Atau mungkin apabila rakan-rakan melihat kita "gembira" bersama insan tersayang itu bahagia?

Maybe. 

Seperti mana kita tidak berhak menilai seseorang, seperti itu juga kita tiada hak untuk menilai  kebahagiaan insan lain. Bahagia seperti cantik ianya terlalu subjektif. Terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, terlalu mahal untuk digambarkan dengan perlakuan.



Pernah suatu ketika dahulu Syana sehingga mengungkapkan "I hate to be happy cause by the end of the day everything's gone".

Mungkin hal ini hanya berlaku pada Syana sahaja. I might not know. Mungkin kebahagiaan itu adalah apabila melihat orang lain bahagia. 


Cliché? 


Mungkin kita tidak perlu berharap kebahagiaan itu akan datang.

Thursday, June 21, 2012

.....cooking?

Hello and Assalamualaikum. :)

Today, I had my lunch at KRR. Kalau siapa taktau, KRR is Kenny Rogers Roasters okay... So, one of my side dish is the lovely Pasta Salad. 

One thing comes to my mind, 
'I tak pernah try buat Pasta Salad'!

Now here's the problem... 

1 - Atok nenek Syana tak makan western food sangat. Makanya, kalau nak masak hebat-hebat sangat siapa nak makan?

2 - NAK MAKAN PASTA SALAD DENGAN APA???!!

Okay, I'm making this such a big deal. Sebab, malas lah nak masak western, then nak kena masak lauk lagi. I taknak lah duduk dapur satu hari suntuk kan?

Well, just want to try something new.. So maybe, I'll invite my cousins to come over. Or maybe..... masak seciput je kot..

South meet West...
How shall I do this.
.
.
.
.
.
.
.
.

Here goes, I decided to cook :

1 - Seafood Pasta Salad
2 - Black Pepper Chicken
3 - Potato Wedges
4 - Kangkung Belacan
5 - ermmmm..... I'll think about that later.

Well, I'm sure your reaction would be.. 
"Kangkung Belacan???? Seriously....."

Told you earlier kan, my grandparents tak gemar western so I need to think of some foods yang depa boleh makan....with the black pepper chicken. And they just love my kangkung belacan. ;)

Maybe I shall try it this weekend. Or esok. Or lusa....

Sorry guys, this is just a post untuk menghilangkan rasa lapar di tengah malam. Heeee... Jangan marah ye. :)