"Kebahagiaan itu akan tiba pada orang yang bersabar"
Mungkin...
Siapa tidak impikan untuk kecapi bahagia. Namun apa itu bahagia sebenar? Adakah dengan hanya mengukir senyuman itu sudah dikira bahagia? Atau mungkin apabila rakan-rakan melihat kita "gembira" bersama insan tersayang itu bahagia?
Maybe.
Seperti mana kita tidak berhak menilai seseorang, seperti itu juga kita tiada hak untuk menilai kebahagiaan insan lain. Bahagia seperti cantik ianya terlalu subjektif. Terlalu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, terlalu mahal untuk digambarkan dengan perlakuan.
Pernah suatu ketika dahulu Syana sehingga mengungkapkan "I hate to be happy cause by the end of the day everything's gone".
Mungkin hal ini hanya berlaku pada Syana sahaja. I might not know. Mungkin kebahagiaan itu adalah apabila melihat orang lain bahagia.
Cliché?
No comments:
Post a Comment