Sunday, January 4, 2009

Keserabutan melanda

Hari ini (pada ketika post ini di tulis) adalah hari ke-empat tahun baru 2009. Dalam sekelip mata, sudah 4hari segalanya berlalu. Berlalunya 4hari di tahun 2009. Namun, apa saja yang telah saya lakukan sepanjang 4hari ini? Rasa seperti saya telah mensia-siakan 4hari ini. Dan saya mula berfikir, sampai bila...

Selama beberapa jam ini, saya kerap kali memutarkan lagu yang sama. Di cintai untuk disakiti. Kenapa ye? Jika di amati pada liriknya, agak pilu di situ. Tetapi bukan itu yang ingin aku sampaikan. Entah lah, sebenarnya fikiran ini agak bercelaru. Pada awalnya, aku bercadang untuk menulis mengenai beberapa hari terakhir tahun 2008, hari-hari pertama 2009 aku, hari-hari aku selepas mendaftar kembali ke kampus, mengenai “dating” ku, dan juga mengenai kamera digital SLR D60 terbaru yang aku baru sahaja beli beberapa jam yang lalu.

Namun, segala mood dan keinginan aku untuk menulis seakan-akan terbantut. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Peritnya menyimpan rahsia yang boleh aku katakan menjadi penentu kebahagiaan dan kehancuran hati ramai pihak (ingin di tegaskan ianya tiada berkaitan dengan kisah cinta saya). Begitu juga kesakitan yang aku sendiri tanggung sebagai seorang wanita yang boleh aku katakan kurang serba serbi.

Entahlah, bagi aku kalau di ikutkan hati ini aku sudah tidak kuat untuk mengharungi semua ini. Saban hari air mata itu jatuh. Walau tidak aku lahirkan secara zahir, tetapi jauh di dalam hati ini aku menangis. Aku inginkan tempat untuk aku mengadu, aku inginkan tempat untuk aku melepaskan segala tangisan yang telah lama aku simpan.

Mungkin, aku kini telah kembali ke perangai aku semasa berada di darjah satu. Seorang yang lebih penyimpan dan merahsiakan kedukaan hati. Menjaga hati mereka sedangkan hati diri sendiri dihiris saban hari. Aku lebih senyap kini. Mungkin, ini lebih sesuai dengan diri aku. Namun, walau sesenyap mana diri aku berikan aku ruang.

Aku tahu, cara post ini di tulis agak serabut. Tetapi ianya tidak seserabut kepala ku sekarang. Mana dengan dia, mana dengan diri aku sendiri, mana dengan keluarga aku, study aku. Ah.. pening. Apa yang harus aku lakukan.

Apa yang pasti, aku dapat kamera yang aku inginkan. Tetapi hati ku masih sunyi. Aku ingin kekosongan hati ini di isi. Aku rindu pada belaian. Aku rindu pada kasih sayang. Aku impi pada kebahagiaan.

Maaf, post ini agak serabut. Aku tidak tahu bagaimana ingin aku luahkan. It’s just not it. Not the way.

Friday, December 26, 2008

Back to UiTM

I just had my last dinner with my family. Tomorrow, I will start a new journey back at UiTM. Well, not really since i'm going back to my "kampung" first then the next day would only be my first day in UiTM for my third semester.

Oh well, more money are coming out. I'm still in a dilemma either I just want to ask my mom for the camera or should I just drop the subject and took it next semester. Well, for now I drop Psychology since I have to take Human Communication this semester. Both are reading subjects where I am kind of like weak in any reading subjects. Should I or should I not? This Nikon D60 camera that I need is for my INTRODUCTION TO PHOTO COMMUNICATION subject and maybe also for my GRAPHIC DESIGN AND COMMUNICATION. I know I would love this subjects a lot. Huhuhuhu.. HELP ME!! I WANT THAT CAMERA FOR MY STUDIES!!

Okey like fine. Whatever.. I just hope this wireless system in UiTM would work and i mean FAST! Well, we'll see bout that if i can update this blog everyday starts SUNDAY. HAHAHAHA!!

Tuesday, December 23, 2008

Sejuknya perut, Lapangnya hati.

Saya baru sahaja selesai menonton ulangan Sehati Berdansa Minggu ke-9 Musim yang kedua. Apa yang mampu saya katakan, walaupun pasangan Khai dan Rosma AF1 tidak mampu melangkah ke final tetapi jika saya adalah mereka, saya akan merasa bangga kerana melangkah keluar dengan catatan markah tertinggi iaitu 99markah. Namun, bukan itu yang itu yang ingin saya perkatakan di sini. Saya ingin menulis mengenai kehadiran orang ke-3.

Ah, indah sungguh perasaan apabila wujud orang ketiga dalam sesuatu perhubungan rumah tangga itu. Alangkah indahnya apabila kita yang melangkah ke alam perkahwinan dan kita diberitahu bahawa kita sedang berbadan dua. Tidak dapat di bayangkan perasaan ini andai suatu hari nanti saya bakal menimang cahaya mata.

Comelnya dia, Cantiknya dia, Handsome-nya dia; ciptaan-Nya sungguh istimewa. Saya cuba membayangkan perasaan apabila disahkan menggandung. Susah! Apa yang pasti, andai saya diberi peluang untuk menjadi seorang ibu, saya tidak akan mempersiakan dia. Saya tidak akan membiarkan mereka hidup dalam seribu satu kepayahan. Kehadiran dia wujud dari dua hati yang bersatu. Kehadiran dia bakal menjadi menyeri kepada hidup ini. Kehadiran dia juga bakal menjadi pengubat duka di kala kepiluan.

P/S : Tiba-tiba terasa macam nak ada anak. Lalalalala.. Nanti kita ada anak sama-sama okey sayang? Blueek! *MOOD NAK ANAK!*

LOVE,
[ Syana ]