Hari ini (pada ketika post ini di tulis) adalah hari ke-empat tahun baru 2009. Dalam sekelip mata, sudah 4hari segalanya berlalu. Berlalunya 4hari di tahun 2009. Namun, apa saja yang telah saya lakukan sepanjang 4hari ini? Rasa seperti saya telah mensia-siakan 4hari ini. Dan saya mula berfikir, sampai bila...
Selama beberapa jam ini, saya kerap kali memutarkan lagu yang sama. Di cintai untuk disakiti. Kenapa ye? Jika di amati pada liriknya, agak pilu di situ. Tetapi bukan itu yang ingin aku sampaikan. Entah lah, sebenarnya fikiran ini agak bercelaru. Pada awalnya, aku bercadang untuk menulis mengenai beberapa hari terakhir tahun 2008, hari-hari pertama 2009 aku, hari-hari aku selepas mendaftar kembali ke kampus, mengenai “dating” ku, dan juga mengenai kamera digital SLR D60 terbaru yang aku baru sahaja beli beberapa jam yang lalu.
Namun, segala mood dan keinginan aku untuk menulis seakan-akan terbantut. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran aku. Peritnya menyimpan rahsia yang boleh aku katakan menjadi penentu kebahagiaan dan kehancuran hati ramai pihak (ingin di tegaskan ianya tiada berkaitan dengan kisah cinta saya). Begitu juga kesakitan yang aku sendiri tanggung sebagai seorang wanita yang boleh aku katakan kurang serba serbi.
Entahlah, bagi aku kalau di ikutkan hati ini aku sudah tidak kuat untuk mengharungi semua ini. Saban hari air mata itu jatuh. Walau tidak aku lahirkan secara zahir, tetapi jauh di dalam hati ini aku menangis. Aku inginkan tempat untuk aku mengadu, aku inginkan tempat untuk aku melepaskan segala tangisan yang telah lama aku simpan.
Mungkin, aku kini telah kembali ke perangai aku semasa berada di darjah satu. Seorang yang lebih penyimpan dan merahsiakan kedukaan hati. Menjaga hati mereka sedangkan hati diri sendiri dihiris saban hari. Aku lebih senyap kini. Mungkin, ini lebih sesuai dengan diri aku. Namun, walau sesenyap mana diri aku berikan aku ruang.
Aku tahu, cara post ini di tulis agak serabut. Tetapi ianya tidak seserabut kepala ku sekarang. Mana dengan dia, mana dengan diri aku sendiri, mana dengan keluarga aku, study aku. Ah.. pening. Apa yang harus aku lakukan.
Apa yang pasti, aku dapat kamera yang aku inginkan. Tetapi hati ku masih sunyi. Aku ingin kekosongan hati ini di isi. Aku rindu pada belaian. Aku rindu pada kasih sayang. Aku impi pada kebahagiaan.
Maaf, post ini agak serabut. Aku tidak tahu bagaimana ingin aku luahkan. It’s just not it. Not the way.
4 comments:
owhhhhhh...
advising "be strong!" is easy to say.. A bit of hipocrit in me.. but thats da best i cn do for now.. Im here ok?
So,
Be strong!
omg saraaaa.
*shocked*
i didn't expects that i've found u in here.
lols.
how r u my dear?
p/s: igt i lagi x?
romeo - ouh yeah
syazone- haha.. thanks.. nnt i text u ok
loveyAshLiecious- yup2.. i pun tak sangka.. of coz i knal u lah dear.. kawan ku di mmu.. hahhaha
Post a Comment