Monday, December 21, 2009

Kenangan Terindah 2009!

Cuti persekolahan mahupun cuti semester hampir tiba di penghujung. Bermakna tahun 2009 bakal menurunkan tirainya. Berbaki 10hari sahaja lagi, apa kata kita renungkan bersama segala tingkah laku, kejadian, memori serta sengala perbelanjaan dan tutur kata yang telah kita lakukan serta lemparkan sepanjang tahun 2009 ini. Jika baik, alhamdulillah. Segala puji bagi Allah S.W.T. Andai setahun ini tercalit kedukaan, renungi senejak kesilapan kita.

Bagi Syana, tahun 2009 ini Syana tutup dengan penuh kedukaan walaupun dalam tempoh 10hari mendatang ini Syana cuba untuk penuhi dengan kegembiraan. Tahun ini, Syana buka dengan azam baru. Ingin menjadi insan yang lebih sempurna, yang lebih bebas dari masalah. Tetapi, mungkin godaan dari sekeliling begitu kuat sehingga kadangkala Syana tertewas pada hasutan yang datang dari dalam diri. Secara ringkas, terlalu banyak ups and downs pada tahun 2009 ini tetapi ianya sedikit pun tidak akan mematahkan semangat Syana untuk mengharungi tahun 2010 yang sudah pastinya akan punyai lebih banyak cobaan.

So, yang indah? Haha, segalanya haruslah di mulakan dengan perkara-perkara yang indah kan.

1) Tentunya our 1st year Anniversary. Menyambutnya di Lookoout point Ampang, tempat itu memang indah. Cuma mungkin kerana itu kali pertama Syana menyambut Anniversary (yang before ni takde nak sambut-sambut macam skarang), Syana agak kekok. Lagi-lagi bila kena decide what to do and all. Jahat tau.. Tetapi, sungguh. Ianya sangat indah.

Kenangan di Lookout point Ampang

2) Akhirnya Syana dapat membeli camera Nikon D60. Rasanya, kalau tidak kerana subject Photo mungkin Syana masih tidak dapat membeli camera kesayangan Syana itu. Membelinya pula bersama yang tersayang, haruslah lebih bermakna kan?

3) I got a big teddy bear for my birthday!! Yay.!! Thank you Darling. Yang lebih indah ialah apabila dia sebenarnya berada dekat sangat dengan saya. Walaupun pada hari itu saya terpaksa mendaftar dan ramai yang lupa birthday Syana, tapi ianya indah kerana bf tercinta telah mula bekerja part-time di tempat saya belajar. HAHAHAHA... menarik bukan? Jadi, sepanjang dia berada di sana dan saya tiada kelas memang E-point itu menjadi tempat wajib bagi saya. Walaupun kadang kala saya mengantuk, tapi sangat suka bila dapat tengok dia depan mata. But, jangan kata tak ada cerita di sebalik kegembiraan ini. Tentunya ada... *campak gula-gula eh.. hurmmmmmmm*

nama teddy ni BEAR. Kenapa? Sebab dia boncit macam bf saya. Bf sy comel macam bear. =)

4) kegembiraan tatkala dapat bertemu rakan-rakan di zaman sekolah. Yang baru dan juga yang lama. Tetapi, iya. Setiap pertemuaan berakhir dengan perpisahan. *masih tak dapat jumpa fazillah. Rindu kamu!!*

5) Kegembiraan yang tak dapat dibayangkan kerana tahun ini sahaja sudah dua kali bertemu dengan cousin Syana. Sebenarnya, sudah agak lama tidak bertemu mereka dan apabila dapat bertemu, memang best walaupun tak banyak cakap. =)

ini adalah gambar semasa raya bersama cousin saya, Syazwan.

6) Semestinya yang terbaru adalah dapat mengikuti kursus photo. Terlalu banyak yang dapat Syana pelajari. Terlalu banyak kenangan indah sepanjang 4hari kursus itu. Alhamdulillah, gambar yang Syana tangkap dapat 4/5marks. Tapi yang paling penting, terima kasih kepada kawan-kawan di kursus itu yang banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih sangat-sangat.


inilah gambar yang saya tangkap. bermain dengan manual, iso, shutter dan juga color. cubaan yang berjaya. =)

Apa lagi ye? Oh tidak. Tolong lah jangan kata cuma ini kenangan manis sepanjang tahun ini. Apa kata nanti kita bandingkan dengan kenangan pahit pula.

Saturday, September 12, 2009

The Note

I'm running away to make you happy and see your sweet smile again. Fight for what you need and what you want. May time brings you to your best place. I'll always be here supporting and waiting for you to come back. Cause deep inside, i never want this to happen and i know that you're the best for me. Forgive me and never hate me cause all i want is your love and you beside me. I'm giving you my two keys. One, is for you to do anything you like. Two, is the key to my heart. I'm sorry baby for doing this. I want to see you happy again.


Friday, June 12, 2009

Cuti = Bosan?

Cuti semester bakal berakhir. Hanya 3minggu sahaja lagi sebelum saya melangkah ke semester ke-4. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat pointer setinggi semester yang lepas dan GPA saya tidak menepati ramalan (kurang 0.09 dari apa yang saya harapkan), tetapi saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya CGPA terus meningkat. Seharian menanti keputusan peperiksaan, akhirnya saya lega apabila keputusan di keluarkan. Walaubagaimanapun, saya tetap berbangga sengan diri walaupun tiada siapa yang bangga dengan keputusan yang saya perolehi kerana hanya saya seorang yang tahu keadaan saya pada ketika peperiksaan sedang dijalankan. Okey, past is past. Rasanya saya langsung tak nak fikir tentang perkara itu.

Tidak ada apa yang ingin saya kongsikan di sini kerana cuti semester ini sangat membosankan. Saya hanya menghabiskan masa di rumah dan hanya beberapa kali keluar. Swimming dan makan, rasanya hanya itu kot yang saya lakukan. Oh, selain dari menjadi photographer. Namun, tiada apa yang menarik. God, tolonglah beri saya sesuatu yang lebih menarik untuk 3minggu terakhir ini. At least there would be something for me to share in here.

Well, looking for something good esok. Sekurang-kurangnya esok ada BBQ di rumah. Jangan ada yang rosakkan mood tu esok sudah lah...~

P/S : Saya sentiasa doakan sayang saya selamat pulang dari JB lepas kenduri nanti. I love you~