Bagi Syana, tahun 2009 ini Syana tutup dengan penuh kedukaan walaupun dalam tempoh 10hari mendatang ini Syana cuba untuk penuhi dengan kegembiraan. Tahun ini, Syana buka dengan azam baru. Ingin menjadi insan yang lebih sempurna, yang lebih bebas dari masalah. Tetapi, mungkin godaan dari sekeliling begitu kuat sehingga kadangkala Syana tertewas pada hasutan yang datang dari dalam diri. Secara ringkas, terlalu banyak ups and downs pada tahun 2009 ini tetapi ianya sedikit pun tidak akan mematahkan semangat Syana untuk mengharungi tahun 2010 yang sudah pastinya akan punyai lebih banyak cobaan.
So, yang indah? Haha, segalanya haruslah di mulakan dengan perkara-perkara yang indah kan.
1) Tentunya our 1st year Anniversary. Menyambutnya di Lookoout point Ampang, tempat itu memang indah. Cuma mungkin kerana itu kali pertama Syana menyambut Anniversary (yang before ni takde nak sambut-sambut macam skarang), Syana agak kekok. Lagi-lagi bila kena decide what to do and all. Jahat tau.. Tetapi, sungguh. Ianya sangat indah.
3) I got a big teddy bear for my birthday!! Yay.!! Thank you Darling. Yang lebih indah ialah apabila dia sebenarnya berada dekat sangat dengan saya. Walaupun pada hari itu saya terpaksa mendaftar dan ramai yang lupa birthday Syana, tapi ianya indah kerana bf tercinta telah mula bekerja part-time di tempat saya belajar. HAHAHAHA... menarik bukan? Jadi, sepanjang dia berada di sana dan saya tiada kelas memang E-point itu menjadi tempat wajib bagi saya. Walaupun kadang kala saya mengantuk, tapi sangat suka bila dapat tengok dia depan mata. But, jangan kata tak ada cerita di sebalik kegembiraan ini. Tentunya ada... *campak gula-gula eh.. hurmmmmmmm*
4) kegembiraan tatkala dapat bertemu rakan-rakan di zaman sekolah. Yang baru dan juga yang lama. Tetapi, iya. Setiap pertemuaan berakhir dengan perpisahan. *masih tak dapat jumpa fazillah. Rindu kamu!!*
5) Kegembiraan yang tak dapat dibayangkan kerana tahun ini sahaja sudah dua kali bertemu dengan cousin Syana. Sebenarnya, sudah agak lama tidak bertemu mereka dan apabila dapat bertemu, memang best walaupun tak banyak cakap. =)
6) Semestinya yang terbaru adalah dapat mengikuti kursus photo. Terlalu banyak yang dapat Syana pelajari. Terlalu banyak kenangan indah sepanjang 4hari kursus itu. Alhamdulillah, gambar yang Syana tangkap dapat 4/5marks. Tapi yang paling penting, terima kasih kepada kawan-kawan di kursus itu yang banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih sangat-sangat.
inilah gambar yang saya tangkap. bermain dengan manual, iso, shutter dan juga color. cubaan yang berjaya. =)

2 comments:
ha??? nash keje part time kat e-point? are you serious? ahaha
Haha.. yes!
dia kerja kat e-point.
dapat beli buku ngan dia.!
=)
Post a Comment