Friday, June 12, 2009

Cuti = Bosan?

Cuti semester bakal berakhir. Hanya 3minggu sahaja lagi sebelum saya melangkah ke semester ke-4. Alhamdulillah, walaupun tidak mendapat pointer setinggi semester yang lepas dan GPA saya tidak menepati ramalan (kurang 0.09 dari apa yang saya harapkan), tetapi saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya CGPA terus meningkat. Seharian menanti keputusan peperiksaan, akhirnya saya lega apabila keputusan di keluarkan. Walaubagaimanapun, saya tetap berbangga sengan diri walaupun tiada siapa yang bangga dengan keputusan yang saya perolehi kerana hanya saya seorang yang tahu keadaan saya pada ketika peperiksaan sedang dijalankan. Okey, past is past. Rasanya saya langsung tak nak fikir tentang perkara itu.

Tidak ada apa yang ingin saya kongsikan di sini kerana cuti semester ini sangat membosankan. Saya hanya menghabiskan masa di rumah dan hanya beberapa kali keluar. Swimming dan makan, rasanya hanya itu kot yang saya lakukan. Oh, selain dari menjadi photographer. Namun, tiada apa yang menarik. God, tolonglah beri saya sesuatu yang lebih menarik untuk 3minggu terakhir ini. At least there would be something for me to share in here.

Well, looking for something good esok. Sekurang-kurangnya esok ada BBQ di rumah. Jangan ada yang rosakkan mood tu esok sudah lah...~

P/S : Saya sentiasa doakan sayang saya selamat pulang dari JB lepas kenduri nanti. I love you~


3 comments:

SarraLicious said...

kalu bosan ,dtg la mph.lol ;D

elya said...

gud luck k!!:)

elya said...

gud lauck k!!~:)