Tuesday, November 25, 2008

Tipu; JANGAN!

Kenapa kita menipu? Kenapa kita sering ditipu? Kita selalu kata "Aku pantang orang menipu" tapi sedarkah kita yang kita juga sering menipu. Mungkin hukum karma datang kembali kepada kita atas kesalahan menipu yang kita lakukan?

Kenapa kita menipu? Adakah kerana kita tersepit? Atau adakah kita sengaja ingin melakukannya? Mungkin juga kerana kita ingin menjaga hati insan yang paing kita saayang. Satu mengenainya, walau sehebat mana kita sorokkan ia kita tidak mungkin akan dapat menyimpan ia buat selamanya.

Dan perasaan kita bila ditipu- IT HURTS! It hurts Syana.Lebih-lebih lagi apabila kita menipu orang yang paling kita sayang dan kita inginkan. Benar mungkin, sekali kita di tipu, agak payah untuk kita mempercayainya lagi. Kita tahu itu, tetapi kenapa cara itu juga yang kita gunakan; menipu?

Ini mungkin satu pengajaran kepada saya dan saya harap ia akan menjadi teladan kepada sesiapa yang membaca. Satu yang pasti, saya tidak berniat untuk menipu. Apatah lagi melukakan hati dia. Dan sememangnya saya tidak tahu kenapa jalan ini yang saya pilih.

---------

Satu hari kita mungkin tersepit di antara keinginan bertemu rakan-rakan dan keinginan untuk bersama dengan insan yang paling kita sayang. Kedua-duanya penting buat kita.

Rakan; dialah yang selama ini berada di belakang kita. Dialah yang selama ini membantu kita untuk kembali berdiri. Dialah yang selama ini menjadi sahabat dikala suka dan duka

Manakala

Insan yang paling kita sayangi; Dialah segalanya bagi kita. Dialah sebab kita masih mampu bertahan selama ini. Dialah yang menyedarkan kita dari lena yang berpanjangan. Dialah yang membahagiakan kita selepas hari-hari kejatuhan kita

Kita tersepit antara dua. Kita inginkan pengertian yang tidak terhingga daripadanya. Kalau sayang mengapa harus menipu? Terpaksa?

Bullshit Syana! Apa-apa pun saya sangat menyesal. Kepada insan yang paling saya sayang, saya minta maaf. Bukan niat saya untuk menipu. Saya sendiri di himpit rasa bersalah. Mungkin kerana masa yang terlalu singkat buat saya, saya mengambil jalan mudah. Seperti yang kamu sentiasa katakan- SHORTCUT!


But i am not going to take another shortcut. I will not take another risk of our relation. Give me a chance for me to make things better. I am really sory...

2 comments:

romeo57 said...

pndai tulis tp pandai tk kalo nk act?

syaNa said...

u kn.. eee!