Alhamdulillah, sehari sudah saya melangkah masuk ke rumah. Ini bermakna seharian sudah saya selesai menjawab 3 dari 4 final exam yang agak memeritkan. Apa yang boleh saya simpulkan, jika pada semester lalu saya seakan-akan terkapai-kapai dalam mencari hala tuju hidup saya sehingga agak menjejaskan keputusan peperiksaan saya, mungkin tidak lagi pada semester ini.
Berkat sokongan yang diberikan oleh teman-teman saya bangkit dari kejatuhan dan insyaAllah, saya yakin bakal lulus dengan cemerlang pada semester ini. Amin. Mungkin dari apa yang saya pelajari sepanjang hampir 2tahun berada di MMU, 2 semester bersama adik-adik di UiTM; banyak mengajar saya erti susah, senang, jatuh dan bangkit kembali. Erti sebuah persahabatan mengajar saya bahawa apa yang kita lihat tidak semestinya apa yang kita faham dan ragam manusia dalam mengejar dunia.
Dalam tidak sedar, masa bergerak begitu pantas sehingga saya tidak sedar bahawa saya telah jauh ketinggalan dari teman-teman sebaya. Walaupun terpaksa bermula kembali dari petak pertama, namun saya turut menumpang gembira melihat kejayaan beberapa teman yang telah pun bekerja kini, yang bakal mengakhiri semester terakhir mereka dan tidak lupa juga kejayaan teman-teman yang kini telah melangkah ke tahun ke-2 dan ke-3 degree dalam bidang masing-masing.
Kekecewaan kerana tewas pada diri sendiri tidak dapat saya nafikan. Dibesarkan sebagai seorang anak yang pantang di cabar dan tidak mudah mengaku kalah, akhirnya saya tewas pada cabaran diri sendiri. Namun, bukankah andai kita tidak merasa kegagalan, kita tidak akan merasa kejayaan. Dan menikmati kejayaan pula tidak akan sempurna andai kita tidak melalui kegagalan. Kegagalan sebenarnya mengajar kita menjadi insan yang lebih kuat, lebih peka dan lebih menyayangi diri sendiri.
Semasa menulis artikel ini, Cuma satu yang hadir di fikiran saya; seorang lecturer yang pernah mengajar saya pada semester lalu. Dia telah menyuntik semangat dalam diri saya untuk bangun dan menjadi seperti dia. Mungkin saya terlalu menyanjungnya sebagai salah seorang pensyarah yang saya segani. Bagaimana beliau pada suatu ketika dahulu terpaksa berperang dengan diri sendiri untuk menggenggam satu sijil yang begitu di pandang tinggi.
Mungkin dengan keputusan saya semester lepas saya menganggap untuk menjadi seperti beliau adalah mustahil. Tetapi, saya tidak tahu dari mana datingnya semangat ingin berusaha ini. Kata-kata beliau yang suatu ketika dahulu pernah berkata beliau ingin melihat saya memiliki PhD seolah-olah kembali membakar di dalam diri. Ianya sukar tetapi ianya adalah tidak mustahil.
Harapan aku cuma satu, semoga semangat ini akan sentiasa membakar di dalam diri dan akan terus menyalakan lilin di dalam hidup ini untuk menerangi hari-hari saya yang mendatang. Kepada teman-teman sekelas yang mungkin telah saya lukakan hati mereka, saya memohon maaf. Satu hari berada di rumah, saya seakan ingin cepat kembali ke sana bersama teman-teman.
DMC part 2 students, I wish you all the best for your Human Comm paper dan kita jumpa di paper terakhir, Introduction to Mass Media.

No comments:
Post a Comment