Saturday, November 29, 2008

The - so called "NAK"

Gee.. I really don't understand Malaysians lah especially the "Malays". They intend to have this habit of using "NAK" but ectually they DON'T or they HAVE done it. Well, I am so sure that all of us [or maybe majority of us] will say this;

"Nak sampai dah"

Or maybe;

"Nak pergi dah"

BUT, what they ectually mean is...

"Jauh lagi ni.. Tak keluar lagi pun. Sabar lah.."

AND;

"Dah sampai dah pun.."


I mean, don't they know what "NAK" means??? Haih, sometimes I really don't understand do they really mean what they say or THEY MEAN IT???



Tuesday, November 25, 2008

Tipu; JANGAN!

Kenapa kita menipu? Kenapa kita sering ditipu? Kita selalu kata "Aku pantang orang menipu" tapi sedarkah kita yang kita juga sering menipu. Mungkin hukum karma datang kembali kepada kita atas kesalahan menipu yang kita lakukan?

Kenapa kita menipu? Adakah kerana kita tersepit? Atau adakah kita sengaja ingin melakukannya? Mungkin juga kerana kita ingin menjaga hati insan yang paing kita saayang. Satu mengenainya, walau sehebat mana kita sorokkan ia kita tidak mungkin akan dapat menyimpan ia buat selamanya.

Dan perasaan kita bila ditipu- IT HURTS! It hurts Syana.Lebih-lebih lagi apabila kita menipu orang yang paling kita sayang dan kita inginkan. Benar mungkin, sekali kita di tipu, agak payah untuk kita mempercayainya lagi. Kita tahu itu, tetapi kenapa cara itu juga yang kita gunakan; menipu?

Ini mungkin satu pengajaran kepada saya dan saya harap ia akan menjadi teladan kepada sesiapa yang membaca. Satu yang pasti, saya tidak berniat untuk menipu. Apatah lagi melukakan hati dia. Dan sememangnya saya tidak tahu kenapa jalan ini yang saya pilih.

---------

Satu hari kita mungkin tersepit di antara keinginan bertemu rakan-rakan dan keinginan untuk bersama dengan insan yang paling kita sayang. Kedua-duanya penting buat kita.

Rakan; dialah yang selama ini berada di belakang kita. Dialah yang selama ini membantu kita untuk kembali berdiri. Dialah yang selama ini menjadi sahabat dikala suka dan duka

Manakala

Insan yang paling kita sayangi; Dialah segalanya bagi kita. Dialah sebab kita masih mampu bertahan selama ini. Dialah yang menyedarkan kita dari lena yang berpanjangan. Dialah yang membahagiakan kita selepas hari-hari kejatuhan kita

Kita tersepit antara dua. Kita inginkan pengertian yang tidak terhingga daripadanya. Kalau sayang mengapa harus menipu? Terpaksa?

Bullshit Syana! Apa-apa pun saya sangat menyesal. Kepada insan yang paling saya sayang, saya minta maaf. Bukan niat saya untuk menipu. Saya sendiri di himpit rasa bersalah. Mungkin kerana masa yang terlalu singkat buat saya, saya mengambil jalan mudah. Seperti yang kamu sentiasa katakan- SHORTCUT!


But i am not going to take another shortcut. I will not take another risk of our relation. Give me a chance for me to make things better. I am really sory...

Wednesday, November 5, 2008

Terbaik Untukmu

Terbaik Untukmu- Tangga

Aku sedar kalau kini
Kita sudah semakin menjauh
Sempat aku berfikir ini
Kau yang menginginkannya
Lepas dari pelukku

Oh, kini aku sedari
Ini salah aku
Tak ingin ku terhambat dan sesali

Maafkanlah bila ku selalu
Membuatmu marah dan benci pada ku
Ku lakukan itu semua
Untuk membuatmu bahagia
Mungkin ku Cuma tak bisa fahami
Bagaimana cara tunjukkan maksudku
Aku Cuma ingin jadi
Terbaik untukmu

Aku ingin kau tetap di sini
Bersama ku
Jangan kau pergi
Berikan satu kesempatan
‘tuk ku membuktikan
Sesungguhnya cinta ku

Oh, kini aku sedari
Ini salah aku
Tak ingin ku terhambat dan sesali

Maafkanlah bila ku selalu
Membuatmu marah dan benci pada ku
Ku lakukan itu semua
Untuk membuatmu bahagia
Mungkin ku Cuma tak bisa fahami
Bagaimana cara tunjukkan maksudku
Aku Cuma ingin jadi
Terbaik untukmu

Pertama kali saya mendengar lagu "Terbaik Untukmu - Tangga" ini, hati saya seolah-olah tidak terpaut pada lagu ini. Namun, dua hari yang lalu apabila saya mendengar lagu ini di dalam handphone seseorang, hati saya seakan terpaut pada liriknya. Lantas, saya mengambil phone saya dan Bluetooth lagu ini. Namun kini, lagu ini seakan-akan menhantui hari-hari saya.

Jika di lihat pada liriknya, mungkin semua tahu dan faha maksud di sebaik lagu ini. Namun, saya tidak pasti kenapa lagu ini begitu "berhantu" pada diri saya. Mungkin kerana saya tahu sejarah di sebalik dia yang mendapat lagu ini, membuatkan perasaan saya seolah-oah begitu rendah di matanya. Bagi diri saya, ia, saya ingin menjadi yang terbaik buat dirinya. Saya ingin menjadi bidadari terindah yang menyinari hari-hari gelapnya.

Andai segalanya begitu mudah untuk di perkatakan dan mudah di lakukan, sudah pasti saya lakukan tanpa banyak masa. Namun, segalanya perlukan masa. Masa untuk saya sendiri memahami dan mencari kekuatan diri yang telah lama hilang. Dia berada di garisan penamat yang saya sendiri tidak tahu berapa jauh. Sedangkan saya, masih terkapai-kapai mencari jalan untuk ke garisan penamat. mengutip sisa-sisa kekuatan untuk meneruskan perjalanan.

Saya tidak tahu apa yang saya fikirkan. Andai dia masih menyayangi dan menginginkan dia kembali, ahh.. Terlalu sukar untuk di katakan. Kedukaan, pergilah dikau sepenuhnya agar bisa ku hirup udara bahagia.

-mood down-